PETALING JAYA – Sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) Perodua Alza ‘leper’ selepas dihempap sebuah treler berlaku di susur keluar ke kawasan perindustrian Sungai Dua, di Lebuh Raya Kuala Lumpur-Karak (KLK) petang tadi.
Berdasarkan satu klip video yang kini tular di Facebook, kejadian tersebut didakwa berlaku selepas treler membawa kontena itu dipandu laju ketika melalui selekoh di susur keluar berkenaan sehingga menghempap kenderaan pelbagai guna (MPV) itu.
Menurut saksi kejadian, seorang lelaki iaitu pemandu Alza dilaporkan selamat walaupun mengalami cedera parah.
“Tuan pemandu itu masih hidup, tetapi keadaannya parah. Treler itu dikatakan dipandu laju ketika melalui susur itu,” jelas Muhamad Faiz.
Bagaimanapun, sehingga kini tiada laporan rasmi berkenaan kejadian tersebut dilaporkan.- KOSMO! ONLINE.