fbpx

5 cedera kemalangan dua kereta, bas ekspres

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Lima cedera dalam kemalangan di Jalan Kota Mersing berhampiran Felcra Sungai Ara di sini, malam semalam.

KOTA TINGGI – Lima cedera dalam kemalangan membabitkan dua buah kereta Mercedes-Benz dengan bas ekspres tanpa penumpang di Jalan Kota-Mersing berhampiran Felcra Sungai Ara di sini, malam tadi.

Komander Operasi, Pegawai Bomba Kanan I KUP Mohd Rafi Mohd Nor berkata, pihaknya menerima panggilan pukul 10.03 malam sebelum sepasukan lapan anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Tinggi dikejarkan ke lokasi.

“Anggota bomba bersama jentera ‘Fire Rescue Vehicle’ dan jentera ‘Emergency Medical Rescue Services’ (EMRS) tiba di lokasi dan mendapati nahas membabitkan tiga kenderaan.

“Pemandu bas berusia 47 tahun tidak cedera, namun empat penumpang dalam dua kereta serta pemandu cedera pelbagai tahap,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Jelasnya, pemandu salah sebuah kereta iaitu lelaki berusia 56 tahun dan penumpang wanita berusia 50 tahun cedera ringan. Bagi sebuah lagi kereta, tiga penumpang iaitu dua lelaki dan seorang wanita berusia 36 dan 38 tahun cedera ringan.

Menurut Mohd Rafi, orang awam bertindak pantas mengeluarkan semua mangsa sebelum ketibaan pihak bomba, namun rawatan awal diberikan bagi membantu mengeluarkan seorang mangsa yang tersepit. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI