fbpx

Woodlands sesak, ribuan berbuka atas jalan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Orang ramai yang terperangkap dalam kesesakan lalu lintas di Woodlands, Singapura semalam terpaksa berbuka puasa di atas jalan raya

PETALING JAYA – Kesesakan luar biasa di Woodlands, Singapura menyebabkan ribuan umat Islam terpaksa berbuka puasa di atas jalan raya apabila gagal tiba di rumah masing-masing semalam.

Menurut pemilik akaun TikTok @emang_1998, kesesakan lalu lintas tersebut berlaku kira-kira pada pukul 7.45 malam sebaik sahaja azan berkumandang pada waktu maghrib.

Tinjauan daripada ruangan komen mendapati rata-rata pengguna memberikan pelbagai reaksi.

“6.55 pm (petang) satu jam menunggu berbuka atas motor” kata seorang pengguna di TikTok.

“Kalau time nak berbuka rasanya singgah masjid dulu berehat dan berbuka. Di masjid sentiasa ada rezeki untuk orang berpuasa lebih-lebih lagi hujung minggu. Semoga awak semua selamat ya!,” komen seorang lagi pengguna di TikTok. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI