fbpx

[VIDEO]’Semoga hubungan yang terjalin tidak putus sampai bila-bila’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Syed Saddiq dan Bella Astillah terus jadi bualan selepas turun padang mengagihkan bantuan Ramadan dimana ramai netizen termasuk Janna Nick dan Siti Khadijah tampil memberi sokongan.

PETALING JAYA – Hubungan akrab antara Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman dan selebriti, Bella Astillah terus menjadi perhatian netizen selepas mereka bersama-sama mengagihkan bantuan Ramadan di Kampung Sumandi di Sabah minggu lalu.

Menerusi video yang dikongsikan di Instagram @bellaastillah, dilihat mereka turun padang menyampaikan bantuan makanan kepada lebih 100 keluarga di Kampung Sumandi, hasil sumbangan daripada penaja Prima Valet.

Selebriti Janna Nick turut meninggalkan komen mengenai video itu.

“Semoga hubungan yang terjalin tak kan terputus sampai bila-bila. Tak kisah kahwin ke, kawan ke, ‘no pressure’, katanya.

Komen tersebut mendapat sokongan ramai, dengan rata-rata netizen turut mendoakan agar hubungan mereka berkekalan.

“Syed Saddiq dan Bella Astillah melengkapi satu sama lain,” ujar salah seorang pengguna media sosial.

Selain itu, pelakon Siti Khadijah Halim turut meninggalkan komen, “love sangat, both of you doing good for the country (awak sudah melakukan yang terbaik untuk negara), ini yang kita mahu”.

Ramai peminat Bella dan Syed Saddiq turut meninggalkan komen seperti, “Kalau tak kahwin, Bella tak rugi, YB akan rugi, tidak ramai macam ini tau,” kata @juliza-ebit. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI