PETALING JAYA – “Rumah pernah runtuh sebab puting beliung. Sampai masuk dalam almari bila angin kuat, fobia,” cerita seorang pengguna TikTok tokna_alina mengimbas kejadian puting beliung di kampungnya di Parit 4, Sekinchan, Selangor.
Wanita itu berkongsi kisah zaman kanak-kanaknya susulan kejadian sama ribut dan puting beliung berlaku pagi tadi di Jalan Ban Lesen Parit 4, Sekinchan.
“Teringat dulu masa kecil selalu ada puting beliung ni, sehingga fobia kami. Sawah di Tanjong Karang dan Sekinchan luas terbang, sebab itu mungkin angin kuat.
“Angin dari laut berhampiran, moga baik-baik sahaja,” katanya menerusi kapsyen video yang dikongsikan.
Katanya, puting beliung yang berlaku pada pagi tadi tidak melibatkan rumahnya.
“Alhamdulillah, rumah kami tak kena. Kasihan pada mangsa yang terkesan,” katanya.
Terdahulu, Kosmo! melaporkan, beberapa penduduk ‘kehilangan’ bumbung rumah mereka selepas ditiup puting beliung dalam kejadian di Parit 4, Sekinchan, Selangor, hari ini.
Kejadian itu turut tular selepas video yang dirakam penduduk dikongsi di media sosial, selain beberapa gambar menunjukkan kerosakan pada kediaman mereka.
Sementara itu, Penolong Pengarah Operasi Bomba Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar dilaporkan berkata, lapan rumah musnah susulan kejadian berkenaan dan seramai lapan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Sekinchan bergegas ke lokasi selepas menerima panggilan kecemasan pukul 7.48 pagi tadi. – KOSMO! ONLINE
@tokna_alinaYa Allah.., Pagi ni 6/3/2025 adik di kampung hantar video ni. Puting beliung berlaku di Parit 4, sekinchan. Alhamdulillah rumah kami tak kena. Kesian pada mangsa yang terkesan. Teringat dulu masa kecil selalu ada facing tornado ni, sehingga katuh fobia kami. Rumah pernah runtuh sebab Tornado. Sampai masuk dalam almari bila angin kuat. FOBIA. Sawah di Tg Karang & Sekinchan luas terbentang, sebab tu maybe angin kuat. Angin dari Laut yang berhampiran. Moga baik-baik saja♬ original sound – Tokna.ladyboss