fbpx

UMNO nafi terlibat siasatan SPRM terhadap Ismail Sabri – Asyraf

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Asyraf.

PETALING JAYA – UMNO menegaskan bahawa parti itu tidak mempunyai sebarang kaitan dengan siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung penemuan wang tunai dan jongkong emas di rumah individu tertentu.

Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki berkata, parti itu memandang serius sebarang cubaan untuk mengaitkan UMNO dengan kes yang sedang disiasat.

“UMNO menegaskan bahawa parti ini tidak mempunyai sebarang kaitan dengan penemuan tersebut dan berpendirian bahawa SPRM harus diberikan ruang untuk menjalankan siasatan secara telus, bebas dan adil tanpa sebarang gangguan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau turut menegaskan bahawa UMNO tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap mana-mana pihak yang cuba mengaitkan parti itu dengan kes berkenaan.

Terdahulu media melaporkan, dua individu bergelar Datuk adalah antara empat bekas pegawai kanan Ismail Sabri ditahan oleh SPRM.

SPRM juga telah mengarahkan Ismail Sabri untuk mengisytiharkan harta di bawah Seksyen 36(1) Akta SPRM 2009 dan pengisytiharan harta itu dilakukan beliau secara rasmi pada 10 Februari lalu.

Difahamkan Ahli Parlimen Bera itu akan hadir ke Ibu Pejabat SPRM esok bagi dirakam keterangan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI