PETALING JAYA – Seorang pengguna di TikTok meraih perhatian apabila percubaannya membuat salah satu resipi inspirasi daripada pempengaruh, Khairul Aming tidak menjadi.
Menerusi pemilik akaun TikTok @havocadoo, sesi memasak bertukar lucu apabila minyak panas yang ingin dituang bertukar menjadi api.
Menjengah ruangan komen, mendapati rata-rata pengguna memberikan pelbagai reaksi terhadap video tersebut.
“30 hari 30 kes bomba,” komen Kate.
“Minyak panas bang bukan lava,” kata pemilik akaun TikTok @jamilmartopo.
Hantaran itu meraih lebih dua juta tontonan dan turut mendapat perhatian pencipta kandungan ‘30 hari 30 resipi’, tersebut. -KOSMO! ONLINE