fbpx

Sesiapa hina agama tetap disiasat, didakwa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anwar

PETALING JAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi peringatan kepada semua agar usah menggunakan kesempatan untuk membakar dan mengapi-apikan sentimen perkauman dan menanam bibit kebencian.

Setiausaha Akhbar Kanan kepada Perdana Menteri, Tunku Nashrul Abaidah berkata, Perdana Menteri sedar wujud usaha jahat sesetengah pihak berkepentingan yang cuba menanam persepsi ‘double standard’ dalam mengambil tindakan.

“Ini tuduhan liar yang tidak ada asas sama sekali. Sesiapa pun yang menghina mana-mana agama di Malaysia akan tetap disiasat dan didakwa,” menerusi Taklimat Harian Pejabat Perdana Menteri hari ini.

Beliau berkata, sebagai contoh, apabila kalimah Allah dipersenda melalui penjualan stokin, syarikat dan pembekal masing-masing didenda RM60,000, manakala seorang lelaki mempersenda perkataan ‘Allah’ didenda RM12,000 dan dipenjara enam bulan.

Katanya, selain itu peniaga jagung bakar meletakkan notis perkauman didenda RM400, manakala Harith Iskander dan Cecelia Yap masing-masing didenda RM10,000.

“Justeru, tuduhan dan persepsi kononnya kerajaan berdiam apabila agama Islam dihina adalah fitnah dan tidak berasas.

“Dalam kes yang saya senaraikan tadi, jelas semuanya disiasat, didakwa, dan akhirnya dihukum dan kesemua tindakan tersebut adalah berasaskan peruntukan undang-undang sedia ada dan setiap kes yang ada punca pelaporan akan melalui jalur proses dan hukum negara,” katanya.

Katanya, ini mesej tegas buat semua rakyat Malaysia untuk menghentikan budaya menghina mana-mana agama, budaya, dan kaum di mana-mana ruang di Malaysia.

“Usah biarkan hal-hal remeh merobohkan kekuatan dan keunikan kita tatkala negara sedang berkembang dan berada pada trajektori yang baik,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI