PETALING JAYA – “Saya sudah tidak tengok drama Korea selepas ada BASS.”
Itu kata seorang peminat sebagai tanda sokongan dan usikan manja terhadap hubungan Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Abdul Rahman dan Bella Astilah.
Singkatan nama BASS iaitu gabungan nama Bella Astillah dan Syed Saddiq direka netizen buat selebriti itu.
Selain itu, kelibat Syed Saddiq yang memakai baju biru bergaris belang putih, seakan sama dengan pakaian Bella Astilah sebelum ini dalam sebuah video juga membuatkan ramai peminat mereka tidak senang duduk.
Sebelum ini baju bercorak sama pernah dipakai Bella ketika penggambaran sebuah video.
“YB baju itu nampak kecik untuk YB, sesuai untuk Bella sahaja,” tulis Ana.
“Baju YB, baju Bella juga..so sweet gitu,” balas @babybutod05.
Video tersebut terus mengundang spekulasi dan tanda tanya dalam kalangan netizen, yang tidak henti-henti mengaitkan hubungan mesra mereka.
Sebelum ini, momen mesra Syed Saddiq dengan Bella beberapa kali dirakam peminat, termasuk dilihat bersama membeli aiskrim, berkongsi minuman, snorkeling dan bermain pickleball. – KOSMO! ONLINE