fbpx

Pokok gergasi nyaris hempap pejalan kaki 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar menunjukkan pokok gergasi tumbang beberapa saat selepas mereka melepasinya. - WPIX

BANDAR RAYA NEW YORK – Sebuah keluarga nyaris dihempap sebatang pokok yang tumbang secara tiba-tiba di sebuah laluan pejalan kaki di New York, lapor akhbar New York Post semalam. 

Kejadian berlaku di kejiranan Bensonhurst, Brooklyn pada Sabtu lalu. 

Rakaman televisyen litar tertutup (CCTV) menunjukkan tiga sekeluarga itu sedang berbual sambil berjalan melintasi sebatang pokok gergasi. 

Situasi tenang bertukar cemas apabila pokok tersebut tumbang sebaik sahaja mereka melepasinya. 

Seorang anggota keluarga berkenaan bernama Ben Kerstein berkata, selain terkejut, mereka juga bersyukur kerana diberi peluang untuk hidup. 

“Reaksi pertama kami adalah terkejut. Reaksi kedua pula, saya menyedari bahawa Tuhan telah menyelamatkan kami semua.

“Kami sangat bersyukur kerana terselamat daripada maut,” kata Kerstein. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI