fbpx

Pengurus upah 22 pekerja ‘hantu’ 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan. - Unsplah

BEIJING – Seorang pengurus sumber manusia  sebuah syarikat teknologi di Shanghai dipenjara lebih 10 tahun selepas didapati bersalah mengupah berpuluh-puluh pekerja tidak wujud, bertujuan untuk mengambil gaji mereka, lapor laman berita Oddity Central semalam. 

Penipuan itu terbongkar apabila pekerja bahagian kewangan melakukan siasatan terhadap seorang ‘kakitangan’ bernama Xiao Sun yang berkhidmat di syarikat itu selama setengah tahun. 

Xiao Sun memiliki kehadiran sempurna sepanjang tempoh tersebut, tetapi tiada orang pernah menemuinya di dalam pejabat. 

Pengurus Jabatan Sumber Manusia yang dikenali sebagai Yang, didakwa mengambil 22 pekerja tidak wujud sepanjang lapan tahun bekerja. 

Selain menyediakan pelbagai akaun bank untuk ‘pembayaran’ gaji, pekerja-pekerja itu turut diberi nama seperti Xiao Sun, Xiao Lu dan lain-lain. 

Selepas disoal siasat, Yang didapati mencuri sekitar 16 juta yuan (RM9.7 juta). 

Yang dipenjara selama 10 tahun dan 2 bulan, kehilangan hak politik selama setahun dan dikenakan denda kerana penyelewengan. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI