fbpx

Nampak gaya maaf mereka tidak laku – PU Syed

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PU Syed tidak setuju dengan tindakan tiga penyampai radio Era yang mempersendakan upacara agama Hindu

PETALING JAYA – Pendakwah PU Syed menegaskan beliau tidak setuju dengan tindakan tiga penyampai radio Era yang didakwa mempersendakan upacara agama Hindu dalam satu video tular baru-baru ini.

Namun pada masa sama, beliau mempersoalkan mengapa semudah itu sahaja disenyapkan jika berkaitan kes menghina Islam.

“Mereka telah memohon maaf tetapi nampak gaya bukan sahaja permohonan maaf itu tidak diterima, malah mereka digantung tugas pula.

“Sedangkan jika dibandingkan dengan orang lain menghina Islam semudah itu sahaja isunya disenyapkan. Seolah-olah tiada apa yang berlaku hanya perlu meminta maaf, katanya dalam Instagram.

Beliau turut membandingkan isu orang bukan Islam melakukan perkara yang sama tetapi tiada sebarang tindakan yang dikenakan.

Pendakwah itu menyeru agak masyarakat bersama-sama menghormati kepercayaan dan sensitiviti agama lain.

“Kami memperhatikan perkara tak sihat ini berlaku, dan alangkah bagus jika kita menghormati agama yang lain, katanya.

Beliau mengulas mengenai isu video tular yang didakwa menghina agama Hindu melibatkan Nabil, Radin dan Azad. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI