fbpx

Murid cemas kaki tersepit penutup longkang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota bomba membantu mengeluarkan kaki mangsa yang tersangkut pada besi penutup longkang di SKJC Sibu Jaya hari ini.

SIBU – Seorang murid darjah satu terpaksa menahan sakit kira-kira 10 minit apabila kakinya tersangkut pada besi penutup longkang di SKJC Sibu Jaya di sini hari ini.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak berkata, bomba Sibu Jaya telah digerakkan ke lokasi bagi membantu mengeluarkan kaki kanak-kanak lelaki berusia lapan tahun itu, sejurus menerima laporan mengenai kejadian kira-kira pukul 1.26 petang tadi.

Katanya, sebaik tiba, pasukan terus meregangkan besi penutup longkang tersebut menggunakan peralatan ‘power unit spreader’.

“Anggota bomba kemudian mengeluarkan kaki mangsa dari celah besi penutup longkang tersebut,” katanya.

Katanya, mangsa tidak mengalami sebarang kecederaan yang serius. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI