fbpx

‘Mungkin hanya Neelofa tengok saya handsome’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PU mengakui tidak pernah digoda wanita lain sepanjang berkahwin dengan Neelofa dan sudah dianugerahkan dua zuriat.

PETALING JAYA – Percaya jodoh, rezeki dan ajal ketentuan Ilahi, pendakwah selebriti PU Riz menyifatkan jodohnya dan isteri, Neelofa sudah tertulis indah di Luh Mahfuz.

Enggan bercerita perihal dalam kain, Riz atau nama sebenarnya Muhammad Haris Mohd. Ismail, 29, berkata, dia tidak perlu berkongsi kisah cintanya dengan bekas pengacara MeleTOP itu kepada khalayak.

“Itu jodoh. Kalau nak cerita macam mana boleh tertarik, panjang ceritanya.

“Saya pun rasa tak perlu cerita,” katanya ketika ditemu bual Datuk Rosyam Nor menerusi podcast Suhan Channel Official dalam TikTok.

Hanya menarik di mata isteri, pelakon filem Ada Apa Dengan Dosa itu turut mengakui tidak pernah digoda wanita lain sepanjang bergelar suami dan bapa kepada dua cahaya mata.

“Tiada orang goda.

“Mungkin Neelofa saja yang nampak saya ini tampan agaknya,” selorohnya.

Semakan menerusi ruangan komen, rata-rata netizen memuji cara Haris menjawab soalan berkaitan isterinya yang dianggap penuh adab dan menghormati perasaan pasangan.

“Bagus cara dia jawab, simpan untuk diri sendiri sahaja, tak perlu canang dunia. Fokus kepada masa depan,” komen seorang pengguna TikTok.

“Sejuk hati Neelofa dengar suami puji dia macam tu, beruntung dapat suami ada ilmu agama,” tulis seorang lagi netizen.

Haris mendirikan rumah tangga dengan pelakon Suri Hati Mr Pilot itu pada 27 Mac 2021.

Pasangan itu dikurniakan dua cahaya mata lelaki, Muhammad Bilal, 4, dan Abdullah Abbas, 2. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI