fbpx

Man. United tak minat trofi Liga Europa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
UNITED masih segar dengan kegagalan tersingkir di pusingan kelima Piala FA selepas tewas kepada Fulham baru-baru ini. - AFP

MADRID – Pengurus Manchester United, Ruben Amorim mencetuskan perdebatan apabila tidak menjadikan kejuaraan Liga Europa sebagai keutamaannya musim ini.

Menjelang aksi pusingan 16 menentang Real Sociedad di Reale Arena awal pagi esok, Amorim tampil dengan usaha meredakan tekanan apabila menegaskan, masih mempunyai objektif lebih besar, bukannya terlalu memikirkan kepentingan untuk menjulang kejuaraan Liga Europa.

Bagi Amorin, langkah untuk mengukuhkan pasukan bagi menuju kejayaan jangka panjang adalah lebih penting daripada memenangi piala musim ini.

“Kami tewas dalam saingan Piala FA, jadi orang mula alihkan perhatian kepada Liga Europa yang disifatkan sebagai pertandingan unik dan kami mampu memenanginya. Tetapi jelasnya kami memikirkan tentang perkara yang lebih besar.

“Saya tahu kenyataan ini sedikit janggal, namun inilah yang kami cuba bina dan buat masa sekarang ia nyata perkara lebih penting daripada memenangi piala.

“Saya juga tahu adalah tanggungjawab kami untuk berjuang merebut kejuaraan. Namun, sekarang kami sedang membina sesuatu yang mampu bertahan lebih lama daripada memenangi piala musim ini,” katanya.

Kenyataan Amorin pastinya lebih menjurus kepada usahanya membina pasukan yang lebih konsisten memandangkan The Red Devils ketika ini sedang dipalit prestasi tidak menentu hingga terperosok ke tangga ke-14 Liga Perdana Inggeris.

Biarpun Amorim seakan tidak berminat memenangi trofi musim ini, namun aksi Liga Europa tetap meyaksikan United kekal menjadi salah satu pasukan pilihan menjuarai pertandingkan kelas kedua Eropah itu. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI