fbpx

Lelaki melecur 60 peratus dalam kebakaran bilik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SEORANG lelaki melecur 60 peratus di badan selepas bilik didiaminya terbakar dalam kejadian di sebuah rumah di Taman Cempaka, Ipoh hari ini.

IPOH – Seorang lelaki warga tempatan melecur teruk di badan selepas bilik didiaminya terbakar dalam kejadian di sebuah rumah teres dua tingkat di Taman Cempaka di sini hari ini.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Ipoh, Azman Hussin berkata, maklumat kebakaran itu diterima pihaknya pada pukul 10.20 pagi.

Katanya, ketika jentera tiba di lokasi kejadian, didapati bilik di tingkat atas sebuah rumah kelas A terbakar 30 peratus.

“Pemeriksaan di dalam kediaman itu telah menjumpai seorang lelaki berusia lingkungan 30-an dalam keadaan tidak sedarkan diri di tepi katil.

“Mangsa yang mengalami kesan lecur 60 peratus di badan segera dibawa turun dari tingkat atas dan diberikan rawatan awal oleh Perkhidmatan Perubatan Perawatan Kecemasan (EMRS) sebelum dihantar ke hospital,” katanya di sini hari ini.

Katanya, operasi disertai 20 anggota dari BBP Ipoh, BBP Tambun dan BBP Simpang Pulai dengan dua jentera Fire Rescue Tender (FRT), dua EMRS dan dua Rapid Intervention Motorcycle (RIM). – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI