fbpx

Kerajaan Persekutuan tingkat pemberian kepada Kerajaan Negeri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Kerajaan Persekutuan meningkatkan jumlah pemberian kepada kerajaan negeri kepada RM9.8 bilion bagi tahun 2025, berbanding RM9.3 bilion tahun lalu, sebagai usaha memastikan perkhidmatan kepada rakyat dapat dilaksanakan dengan lebih baik.

Setiausaha Akhbar Kanan kepada Perdana Menteri, Tunku Nashrul Abaidah, berkata perkara itu diputuskan dalam Mesyuarat Majlis Kewangan Negara Tahun 2025 yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini.

Menurut beliau, antara keputusan utama yang diluluskan ialah peningkatan kadar Pemberian Mengikut Bilangan Orang ‘Capitation Grant’ sebanyak 25 peratus, bersamaan RM109 juta menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak RM548 juta.

“Ini merupakan kali pertama kadar ‘Capitation Grant’ ini disemak sejak tahun 2002,” katanya dalam Taklimat Harian Pejabat Perdana Menteri hari ini.

Tunku Nashrul berkata, Perdana Menteri memaklumkan peningkatan peruntukan ini adalah penting untuk membantu Kerajaan Negeri menyempurnakan perkhidmatan kepada rakyat.

“Beliau (Perdana Menteri) juga menekankan Kerajaan Madani terus bertekad untuk memastikan hubungan dengan semua Kerajaan Negeri kekal utuh demi kebaikan dan kesejahteraan rakyat Malaysia keseluruhannya,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI