fbpx

Ikrar barang sekolah tapi sebenarnya tembakau shisha RM4.3 juta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ahmad Taufik (tiga kiri) menunjukkan karton perisa shisha yang dirampas pihaknya. -Foto oleh AFIQ RAZALI

KLANG – Taktik menyeludup 20,418 kilogram (kg) tembakau shisha bernilai RM4. 3 juta dengan diikrar barangan persekolahan berjaya dibongkar menerusi penahanan sebuah kontena di kawasan Zon Bebas Pelabuhan Barat, baru-baru ini.

Penahanan kontena dari negara Asia Barat itu dilakukan pada 9 Januari lalu oleh bahagian penguatkuasan Jabatan Kastam Diraja (JKDM) Zon Tengah Unit II (Selangor).

Penolong Ketua Pengarah Kastam Zon Tengah, Dr. Ahmad Taufik Sulaiman berkata, hasil pemeriksaan mendapati kontena itu mengandungi 3,403 karton yang disyaki hookah tabaco.

Katanya, ia juga tidak mempunyai permit import seperti digariskan dibawah perintah Kastam (Larangan Mengenai Import) 2023.

“Dagangan telah diikrar sebagai barangan persekolahan untuk mengelak dari dikesan JKDM.

“Nilai dagangan sahaja dianggarkan sebanyak RM2.45 juta manakala duti cukai terlibat adalah RM1.93 juta,” katanya pada sidang akhbar hari ini.

Beliau menambah, kesemua karton perisa shisha itu adalah untuk pasaran di negara ini.

“Satu karton dikatakan dijual pada harga RM700 dan mempunyai 12 buah kotak,” tegasnya.

Dalam pada itu, Ahmad Taufik memaklumkan pihaknya juga berjaya merampas sejumlah 48,007.6 liter minuman keras yang tidak berkastam di Pelabuhan Utara dan Barat pada 9 dan 11 Januari lalu.

Ujarnya, kesemua minuman keras melibatkan 39,868 botol dan 48,000 tin itu bernilai RM1. 7juta termasuk cukai.

“Barangan dari Eropah untuk dipasarkan ke negara Asia dan diikrar sebagai perabot.

“Kedua-dua kes masih dalam siasatan dan disiasat mengikut Seksyen 135 (1) (a) Akta Kastam 1967,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI