fbpx

Ia tarian entrance muay Thai Miki Ghazali, bukan kavadi – Peguam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mahmud menjelaskan tarian yang dibuat oleh Azad bukan tarian kavadi, sekali gus ia satu salah faham.

PETALING JAYA – Seorang peguam menjelaskan, tarian yang dibuat oleh Azad Jasmin bukan tarian kavadi, tetapi ia adalah ‘entrance’ Muay Thai yang dibuat oleh Miki Ghazali.

Peguam, Mahmud Jumaat berkata, selepas mengkaji secara mendalam tuduhan berkenaan, beliau mendapati semuanya adalah satu salah faham.

“Dari gelek punggung hinggalah geleng kepala, itu ‘sebiji’ macam tarian entrace Miki Ghazali. Background lagu (lagu latar) juga adalah lagu entrance Miki Ghazali.

“Azad sendiri telah tag nama Miki Ghazali di @mikipapa dan kata “kalau nak back up dancer boleh roger tau”. Tunjukkan kepada saya dalam tarian Kavadi ada tak ciri-ciri seperti di atas?,” katanya pada hantaran Facebook hari ini.

Mahmud berkata, Azad serta dua lagi rakan penyampai radio, Nabil Ahmad dan Radin Amir tidak bergelak ketawa disebabkan perkataan ‘Vel Vel’, namun mereka semua telah lama gelak dari awal tarian Azad yang agak lucu untuk ikut tarian Miki Ghazali.

Katanya, malah Miki sendiri turut meninggalkan komen dalam hantaran video tersebut.

“Ketiga, siapa sangka Nabil ingin sebut ‘Vel Vel’ masa hujung tarian tersebut, namun saya tidak rasa mereka semua ada niat untuk mempersendakan seruan ‘Vel Vel’ kerana mereka telah lama terhibur dengan tarian Miki Ghazali yang ditiru oleh Azad.

“Kalau saya ada kat situ pun saya tak tahan tengok muka Pak Azad dengan tarian entrance Miki Razali tu.

“Apapun dalam hal ini adalah lebih baik untuk mereka menjelaskan keadaan sebenar apa yang berlaku sebelum mereka terus memohon maaf,” katanya.

Mahmud berpendapat, permohonan maaf oleh penyampai 3 Pagi Era itu sehingga mereka pergi ke Batu Caves dibuat secara terburu-buru dan berlebihan.

“Sebab itulah dalam mahkamah, kita kebiasaanya nasihatkan anak guam untuk tidak terus memohon maaf dan memberi peluang untuk jelaskan apa yang berlaku.

“Buat Pak Azad, Radin dan Nabil, cukup memohon maaf. Kalian sudah buat yang terbaik,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI