fbpx

Gigit aiskrim jumpa ular berbisa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Bangkai seekor ular yang ditemukan di dalam aiskrim. - Facebook

BANGKOK – Seorang lelaki di Thailand mengalami ‘mimpi ngeri’ apabila menemui seekor ular berbisa di dalam aiskrim yang dibelinya, lapor portal berita Thaiger semalam.

Kejadian berlaku di wilayah Ratchaburi sebelum dikongsikan di laman Facebook baru-baru ini.

Lelaki tidak didedahkan namanya itu berkata, dia menemui objek berwarna hitam tersembunyi di dalam aiskrimnya. 

“Aiskrim ini berperisa kacang hitam dan saya membelinya dari sebuah kedai. Ini situasi sebenar,” demikian menurut keterangan pada imej itu. 

Objek disangka kacang hitam itu adalah badan seekor ular berbisa. 

Hantaran tersebut tular manakala, sebilangan netizen berkata, ular itu daripada spesies Chrysopelea ornata. 

“Resipi baharu, aiskrim berprotein tinggi!” kata seorang netizen. 

“Ini sebenarnya bahan utama tetapi tiada orang  perasan kerana sisa ular dikisar halus,” kata netizen lain. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI