fbpx

Eda Ezrin bebas, tapi belum dibenarkan keluar penjara – Peguam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kenderaan membawa Eda Ezrin dan suami serta empat rakan ke Mahkamah Wilayah Narathiwat.

NARATHIWAT, THAILAND – Penyanyi lagu Bae Sobar Bae, Eda Ezrin bersama lima yang lain masih belum dibenarkan keluar dari Penjara Wilayah Narathiwat biarpun dibebaskan atas pertuduhan memiliki 6,059 biji pil kuda.

Peguam tertuduh, Sufian Abdul Aziz ketika ditemui pemberita berkata, ini kerana pihak pendakwaan boleh memfailkan rayuan terhadap keputusan tersebut dalam masa yang boleh mencecah empat bulan.

“Buat masa ini, keenam-enam anak guam saya masih belum boleh dibenarkan keluar dan perlu berada dalam penjara sementara menunggu pihak pendakwaan memfailkan rayuan.

“Jika tiada rayuan, mereka akan dibenarkan pulang.

“Kebiasaannya, tempoh rayuan pihak pendakwaan dibuat dalam masa sebulan dan boleh mencapai tempoh sehingga empat bulan,” katanya.

Sebahagian pil kuda dirampas dalam bilik hotel Eda Ezrin, suami dan empat rakan di Sungai Golok pada 1 November lalu.

Terdahulu Kosmo! melaporkan Eda Ezrin atau nama sebenarnya, Wan Norshaheeda Azlin Wan Ismail, 30, suami, Mohd. Affendi Ahmad, 35, bersama Eridieka Mohd. Noor, 33, Mohamad Alif Deraman, 33, Nur Aida Mamat, 33, dan Zuhaira Nasrin, 26, dipenjara enam bulan dan denda 4,000 bath (RM526) selepas mengaku bersalah atas tuduhan mengambil pil kuda.

Mereka berenam bagaimanapun dibebaskan oleh Mahkamah Wilayah Narathiwat hari ini atas pertuduhan memiliki 6,059 biji pil kudadi sebuah hotel di Sungai Golok di sini pada 1 November lalu.

Kesemua mereka bagaimanapun tidak perlu membayar denda kerana sudah selesai menjalani tempoh pemenjaraan selama lebih empat bulan dan berkelakuan baik di penjara sepanjang tempoh tahanan reman.

Keputusan itu dibuat panel dua hakim selepas meneliti semua keterangan saksi pendakwaan semasa tiga hari prosiding perbicaraan kes tersebut bulan lalu.

Sementara itu, Eridieka dan Zuhaira didenda dengan jumlah sama selepas mengaku bersalah atas dua pertuduhan memasuki Thailand secara haram dan tiada dokumen perjalanan atau pasport sah untuk berada di negara ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI