fbpx

Buriram anggap peluang masih terbuka

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
CAUSIC (kiri) menyeru rakan sepasukan agar memastikan kemenangan dalam aksi timbal balik pada Selasa depan. - BURIRAM UNITED

PENGENDALI Buriram United, Osmar Loss mengakui peluang untuk layak ke suku akhir Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE) masih terbuka buat kedua-dua pasukan selepas seri tanpa jaringan bertemu Johor Darul Ta’zim (JDT) pada aksi pertama 16 terbaik kelmarin.

Pada perlawanan di Stadium Chang Arena itu, kedua-dua pasukan mempamerkan aksi yang seimbang dengan benteng pertahanan cukup kebal dan tidak memberi ruang terbuka buat lawan mencari gol kemenangan.

Menurut Loss, barisan pemain telah mengikut arahan taktikal apabila bermain dengan corak menyerang tetapi tidak bernasib baik gagal menjaringkan gol.

“Pasukan telah mempamerkan aksi sempurna apabila mencipta banyak peluang tetapi tidak bernasib baik apabila gagal menyudahkan kesempatan terhidang. Pasukan lawan juga cukup agresif khususnya di benteng pertahanan.

“Keputusan ini menaikkan semangat kami untuk menggandakan usaha mencari kemenangan apabila bertandang ke Malaysia nanti meskipun peluang agak seimbang.

“Saya yakin kami akan layak ke suku akhir tetapi pemain perlu bekerja keras sepanjang tempoh seminggu persiapan sebelum aksi kedua nanti,” kata pengendali dari Brazil itu.

Tonggak tengah Buriram, Goran Causic yang diberikan anugerah pemain terbaik perlawanan menyeru rakan-rakan sepasukan untuk berikan aksi lebih bertenaga ketika bertandang ke Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri pada Selasa depan.

“Masih berbaki 90 minit dan apa sahaja boleh berlaku. Kami perlu lupakan segera kekecewaan ini dan harap dapat berikan tentangan sengit pada perlawanan seterusnya nanti,” katanya.

Kedua-dua pasukan terdesak untuk meraih slot ke suku akhir kejohanan berprestij itu sekali gus mengesahkan status selaku ‘raja’ bola sepak Asia Tenggara ketika ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI