fbpx

Bekas pemandu komuter didakwa rompak gelang tangan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MUHAMMAD Hafiz (dua dari kiri) menutup wajahnya menggunakan tangan ketika tiba di Kompleks Mahkamah Kangar, hari ini.

KANGAR – Seorang bekas pemandu komuter mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan merompak rantai tangan milik seorang wanita di Perpustakaan Desa Kampung Tersusun, Padang Besar dekat sini, bulan lalu.

Tertuduh, Muhammad Hafiz Ruslan, 36, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Sharifah Norazlita Syed Salim Idid.

Mengikut pertuduhan, dia didakwa merompak rantai tangan milik Normelia Abd. Rahman, 40, dengan bersenjatakan pisau di Perpustakaan Desa Kampung Tersusun, Padang Besar kira-kira pukul 9.40 pagi, 27 Februari lalu.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Nabilah Ahmad Poad dan tertuduh diwakili Peguam Mohamad Alif Farhan Mohamad Supian.

Mahkamah kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM10,000 dengan seorang penjamin warga tempatan serta perlu melapor diri di balai polis setiap bulan dan kes disebut semula pada 7 April depan.

Kosmo! pada 28 Februari lalu melaporkan seorang lelaki tidak sempat berjoli apabila dicekup kira-kira enam jam setelah menyamun gelang emas milik pembantu perpustakaan desa di Kampung Tersusun. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI