fbpx

Bayern hanya selangkah ke suku akhir

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KANE tiada masalah menyudahkan sepakan penalti ketika menumpaskan Leverkusen awal pagi tadi. - AFP

MUNICH – Dua gol daripada Harry Kane memastikan Bayern Munich berada di landasan terbaik untuk mara ke suku akhir Liga Juara-Juara Eropah (UCL) selepas menewaskan Bayer Leverkusen 3-0 dalam aksi pertama pusingan 16 terbaik di Allianz Arena awal pagi tadi.

Kane membuka tirai jaringan seawal minit kesembilan menerusi tandukan sebelum meledak gol kedua menerusi sepakan penalti di separuh masa kedua, sekali gus memberikan Bayern bekalan selesa menjelang aksi timbal balik di BayArena minggu depan.

Bagi Kane, jaringan tersebut bukan sekadar menambah rekod peribadi tetapi juga sebagai detik penting buat Bayern yang masih memburu kejuaraan pertama di bawah kendalian Vincent Kompany musim ini.

“Mungkin ini antara gol paling penting buat saya bersama Bayern setakat ini. Kami tahu betapa besar perlawanan ini, jadi saya gembira dapat menjaringkan gol awal dan menambah satu lagi untuk kemenangan pasukan,” katanya.

Kejayaan membenam Leverkusen turut memadam badi tanpa kemenangan Bayern ke atas skuad kendalian Xabi Alonso itu sejak musim lalu dengan tiga kali seri dan tiga kekalahan.

Namun, kegembiraan itu sedikit tercalar selepas penjaga gol utama yang juga kapten Bayern, Manuel Neuer terpaksa dikeluarkan akibat kecederaan dan tempatnya diisi penjaga gol muda berusia 21 tahun, Jonas Urbig.

Kompany bagaimanapun enggan terlalu ghairah dengan kemenangan itu sambil menegaskan fokus pasukan kini sepenuhnya ke arah aksi timbal balik.

“Tiada kenyataan besar di sini. Kami cuma mahu menang perlawanan demi perlawanan dan fokus terus ke depan,” kata Kompany.

Bayern hanya selangkah dari tiket suku akhir, namun Leverkusen dijangka tampil habis-habisan di BayArena dengan pengendalinya, Xabi Alonso berjanji tidak menyerah kalah walau berdepan defisit tiga gol yang sukar. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI