fbpx

Arsenal ‘bernafsu’ tamat penantian trofi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
BARISAN pemain Arsenal meraikan kejayaan membelasah PSV awal pagi semalam. - AFP

EINDHOVEN – Pengurus Arsenal, Mikel Arteta mengakui kemahuan tinggi menjulang trofi telah ‘merasuk’ barisan pemainnya selepas berpesta gol membelasah PSV Eindhoven 7-1 pada aksi pertama 16 terbaik Liga Juara-Juara Eropah (UCL) di Stadium Philips awal pagi semalam.

The Gunners mencipta sejarah baharu apabila merekodkan kemenangan terbesar di tempat lawan di peringkat kalah mati UCL apabila meraih dua jaringan menerusi Martin Odegaard dan satu daripada Jurrien Timber, Ethan Nwaneri, Mikel Merino, Leandro Trossard serta Riccardo Calafiori.

Menurut Arteta, rekod yang dicatat pasukan bukanlah sesuatu yang wajar dibanggakan kerana fokus pasukan ketika ini untuk menamatkan penantian memenangi trofi kompetitif sejak kali terakhir dimenangi iaitu Piala FA lima tahun lalu.

“Ini adalah keputusan yang luar biasa kerana saya boleh anggap pasukan seperti sudah meletakkan sebelah kaki ke pusingan suku akhir. Saya rasa kami berada pada tahap berbeza sepanjang perlawanan ini.

“Bukan mudah untuk meraih kemenangan besar tetapi barisan pemain saya buktikan tiada apa yang mustahil. Namun, rekod bukanlah sesuatu yang kami mahukan sebaliknya kita fokus untuk memburu trofi musim ini,” katanya.

Mengulas lanjut, Arteta mengakui tidak terkejut dengan jentera serangan yang begitu ampuh meledak tujuh gol meskipun pasukan hanya mampu melakukan dua jaringan pada empat perlawanan terakhir sebelum ini.

“Ini adalah keistimewaan bola sepak kerana pemain telah bekerja keras pada sesi latihan dan perbaiki segala kelemahan yang ada. Saya mahu pemain kekal merendah diri dan fokus mengharungi perlawanan seterusnya,” katanya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI