fbpx

‘Walaupun Darwisy sakit, dia sangat mudah dijaga’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Baddrol dan isteri mendukung jenazah anak mereka, Muhammad Darwisy yang selesai dimandi dan dikafankan di Unit Forensik Hash, Sungai Petani hari ini.

SUNGAI PETANI – “Walaupun Darwisy sakit, dia sangat mudah dijaga dan diuruskan sehingga akhir hayatnya. Kami reda dengan pemergiannya pada bulan mulia ini.”

Demikian kata Nur Izyan Mustafa Khalid, 37, isteri kepada Ahli Dewan Undangan Negeri Gurun yang juga legenda bola sepak Kedah, Baddrol Bakhtiar berhubung kematian anak lelaki tunggal mereka, Muhammad Darwisy, 1, pada pukul 3.15 pagi tadi.

Nur Izyan yang merupakan pensyarah berkata, dia menyedari ada yang tak kena selepas bayinya itu tidak memberi tindak balas ketika mahu memberi susu ketika berada di rumah di Resort Homes Cinta Sayang, di sini.

“Saya terkejut melihat keadaan anak dan segera memaklumkan kepada suami. Suami minta saya bersabar selepas mendapati muka anak bertukar kebiru-biruan sebelum menghubungi ambulans.

“Petugas Kementerian Kesihatan (KKM) kemudian memaklumkan Muhammad Darwisy telah meninggal dunia,” katanya ketika ditemui di Unit Forensik, Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH), di sini hari ini.

Cerita Nur Izyan, Muhammad Darwisy dilahirkan pramatang dan mempunyai kembar, Dhiya Dinara.

“Namun, Darwisy didiagnosis mengalami penyakit berkaitan jantung dan paru-paru. Dia perlu menggunakan mesin khas untuk membantunya bernafas selain meminum susu setiap tiga jam sekali yang diberi menggunakan tiub,” katanya.

Jenazah bayi itu dimandi dan dikafankan di HSAH sebelum disembahyangkan di Masjid Al-Muttaqin. Muhammad Darwisy dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Raudatul Solihin di Taman Kelisa di sini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI