PETALING JAYA – Kreativiti seorang pemuda menghasilkan sampul raya daripada beg kertas terpakai telah mencuri perhatian orang ramai di TikTok
Menerusi satu video yang tular milik pengguna @asekuambok, pemuda tersebut memaparkan koleksi beg kertas yang disimpan dan diubah suai menjadi sampul raya.
Inisiatif itu bukan sahaja menjimatkan kos, malah membuktikan bahawa kemeriahan Aidilfitri tidak semestinya memerlukan perbelanjaan besar.
Video tersebut berjaya menarik perhatian ramai pengguna TikTok dan menerima pelbagai reaksi positif.
“Paper bag ada banyak ni, bila nak mula agaknya,” komen @rusouqirie
“Boleh buat ni. Tapi tu la, tahun ni sampul raya je ada, duit raya tak ada,” balas @NasuhaAmin
“Fuhh ‘skill’ ni mantap. Saya ‘respect’ kreativiti dan kerajinan abang,” komen @Moonchild
Setakat ini, hantaran tersebut telah menerima 6,172 ribu tanda suka, 142 komen dan 1,202 perkongsian. – KOSMO! ONLINE
@asekuambok Paper bag pun byk simpan je tak guna2 pun. Jom lah cuba buat sampul duit. Cool jugak. Apa kata korang? #sampulraya #reclycled #paperbag ♬ Ketipak Ketipung Raya – Aisha Retno & Aziz Harun