PETALING JAYA – Isu juadah berbuka puasa yang dibeli di bazar Ramadan terus mencuri tumpuan di media sosial meskipun umat Islam sudah memasuki hari keempat berpuasa.
Terbaharu, tular satu video di laman sosial TikTok milik @xhmyrwh yang meluahkan rasa kecewa selepas membeli roti john daging, namun isinya hanya mengandungi sayur, mayonis, dan sedikit telur.
“Kalau nak cari rezeki halal pastikan niat itu betul jangan buat macam ini kita tak tahu kalau orang tu beli dengan duit terakhir yang dia ada. Tak berkat rezeki ambil duit haram,” katanya.
Menurut pemilik video, bapanya teruja membeli roti john untuk anak-anak berbuka, tetapi apa yang dibeli ternyata tidak seperti apa yang dijanjikan.
Perkongsian itu kemudian mendapat respons daripada netizen yang rata-ratanya turut kecewa dengan sikap peniaga yang sebegitu.
“Dia fikir untung sekarang je. Tak fikir masa depan. Hal macam ini boleh buat orang tak nak pergi bazar Ramadan. Dekat tempat saya, tahun ini paling sedikit peniaga bazar Ramadan berbanding tahun sebelum.,” komen @Adhnin.Zul
“Roti john adalah antara makanan yang jangan dibeli di bazar. Jarang sangat jumpa yang elok. Kebanyakannya sayur atau isi kosong sahaja,” balas @dvil_akuma
“Aku dari dulu beli roti john tak pernahnya dapat yang betul-betul ada banyak daging, selalunya sumbat bawang ataupun tipis je roti tu, tapi beli lah jugak sebab teringin,” luah @ikilanamemi – KOSMO! ONLINE
@xhmyrwh jahatnya buat customer macamtu, jujur la dalam mencari rezeki allahu. #bazarramadan #ramadhan #fyp ♬ Tek başına bonibon yiyen fare – 🫀🐾~Azra~🐾🫀