fbpx

[VIDEO] ‘Ini bukan air longan, ini air cendawan’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar video memaparkan air bancuhan bersama cendawan butang yang disangka air longan.

PETALING JAYA – Niat di hati ingin berbuka puasa dengan air longan yang menyegarkan, tetapi lain pula terjadi apabila air yang dibancuh itu adalah cendawan butang.

Dalam video tular di TikTok dikongsikan oleh Stylo Gila, individu berkenaan berkongsi kisah ibunya tanpa sedar menuang air dari tin cendawan yang disangka longan.

Menerusi video berkenaan juga memaparkan air itu sudah dicampur dengan hirisan lemon sebelum anaknya menyedari kesilapan tersebut.

“Ini bukan air longan, ini air cendawan,” kata individu tersebut dalam video berkenaan.

Meninjau ruangan komen, ramai pengguna media sosial terhibur dan mula memberikan ‘resipi kecemasan’ bagi menyelamatkan bancuhan air tersebut.

“Dah boleh letak fishball (bebola ikan) dengan rempah sup terus,” seloroh MummyChimmy.

“Tambah serai, daun limau purut sikit, ngam dah tu jadi tomyam,” komen seorang lagi pengguna.

Seorang lagi pengguna, BabyZayyanIdris, turut berkongsi pengalaman hampir serupa.

“Masalahnya, tin cendawan dan longan tu sebelah-sebelah je kat rak kedai. Nasib baik aku sempat baca dulu,” katanya.

Kejadian ini bukan sahaja mencuit hati ramai, tetapi juga menjadi peringatan buat semua agar lebih teliti ketika membeli bahan dapur supaya tidak berbuka dengan juadah luar jangkaan. – KOSMO! ONLINE

@stylogilo jangan kamu silap tengok tin semasa membeli ya… 🤣 #airlongan #aircendawan #resipikhairulaming ♬ original sound – Stylo Gilo

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI