fbpx

Tiada kongsi gelap terlibat kes gaduh pertandingan MMA

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar pergaduhan penonton pada pertandingan MMA di Dewan Besar Tanjung MBSA Seksyen 19 baru-baru ini.

SHAH ALAM – Tiada sebarang penglibatan kongsi gelap seperti ditularkan berhubung pergaduhan 15 penonton di pertandingan seni bela diri campuran (MMA) di Dewan Besar Tanjung Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), Seksyen 19 di sini bulan lalu.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd. Iqbal Ibrahim berkata, hasil siasatan mendapati pergaduhan itu berpunca daripada kedua-dua pihak yang mewakili persatuan seni bela diri masing-masing.

Katanya, seramai enam individu individu telah diberkas yang terdiri daripada dua pihak yang terlibat dalam kejadian berkenaan.

“Siasatan sedang dilengkapkan pihaknya dan dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya bagi tindakan lanjut.

Mohd. Iqbal (tengah) ketika berbuka puasa bersama anggota polis di Jalan Subang, Seksyen 13, Shah Alam, semalam.

“Kita bercadang untuk mendakwa enam individu berkenaan ke mahkamah kelak. Namun, perkara itu bergantung sepenuhnya kepada Timbalan Pendakwa Raya bagi membuat keputusan lanjut,” katanya ketika ketika meninjau aliran trafik dan berbuka puasa di Jalan Subang, Seksyen 13 di sini, malam tadi.

Tambah beliau, kes disiasat mengikut Seksyen 148 dan Seksyen 324 Kanun Keseksaan.

Kosmo! sebelum ini melaporkan pergaduhan tersebut berpunca disebabkan pertengkaran antara dua peserta yang telah dibatalkan penyertaan oleh penganjur dalam pertandingan tersebut kerana pihak lawan tidak hadir dan sakit. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN