fbpx

Sindiket edar MDMA dalam botol minuman buah-buahan tumpas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Antara rampasan dibuat oleh pihak polis Pulau Pinang berkait pengedaran dadah MDMA.

GEORGE TOWN – Polis berjaya menumpaskan satu sindiket pengedaran dadah jenis MDMA di Pulau Pinang dengan rampasan pelbagai dadah berkenaan bernilai RM1.17 juta dalam serbuan di sekitar Jelutong, di sini, Isnin lalu.

Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Hamzah Ahmad berkata, dalam operasi tersebut, seorang lelaki warga tempatan dan seorang wanita warga asing berusia 32 hingga 42 tahun ditahan.

Katanya, dalam serbuan pertama, polis menahan seorang lelaki di hadapan sebuah kedai di kawasan Jelutong dan menemui tiga paket plastik berisi jus MDMA seberat 118 gram bernilai RM19,706.

“Soal siasat membawa kepada pemeriksaan sebuah kenderaan di lokasi sama.

”Polis menemui 50 botol jus MDMA bernilai RM15,000 dan 16 cawan berpenutup mengandungi serbuk MDMA bernilai RM4,800 di dalam kenderaan ini,” katanya di sini hari ini.

Antara rampasan dibuat oleh pihak polis Pulau Pinang berkait pengedaran dadah MDMA.

Menurutnya, susulan tangkapan lelaki itu, polis menyerbu sebuah unit kondominium di kawasan berdekatan dan menahan seorang wanita, sebelum menemui lebih banyak dadah yang disimpan di premis tersebut.

“Dalam rumah berkenaan, polis merampas 265 paket plastik pelbagai warna mengandungi serbuk MDMA seberat 6.71 kilogram dengan nilai pasaran RM1.12 juta serta 23 cawan berpenutup berisi serbuk MDMA seberat 966 gram bernilai RM6,900,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI