fbpx

Selamba tak puasa, makan nasi bungkus ramai-ramai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar video memaparkan beberapa remaja memakan nasi bungkus di kawasan tersorok.

PETALING JAYA – Tindakan sekumpulan remaja tidak berpuasa mendapat kecaman orang ramai.

Melalui satu video yang tular di media sosial, beberapa remaja dilihat menikmati nasi bungkus dan minuman di satu kawasan tersorok.

Remaja-remaja tersebut juga tidak malu apabila tindakan mereka itu dirakam.

Bagaimanapun, tidak dinyatakan lokasi kejadian itu berlaku.

“Aku ni bukanlah baik sangat, tapi bab puasa jangan bawa main. Ada orang kata boleh ganti, itu kalau sempat, panjang umur. Kalau tak, nak hanti macam mana? Umur kita ini tak tahu setakat mana, entah-entah ini Ramadan terakhir,” tulis hantaran tersebut.

Tinjauan di ruang komen mendapati, rata-rata pengguna mengecam tindakan remaja tersebut.

“Apa yang susah sangat nak puasa? Tak tahan sangat lapar? Kebulur sangat? Puasa ini bagi aku mudah saja, bukan lama sangat pun berlapar. Budak-budak di Gaza itu bukan saja subuh sampai maghrib tak makan, berhari-hari kadang-kadang baru makan,” kata Rick.

“Kalau sengaja tak puasa tanpa sebab, berdosa besar. Memanglah boleh ganti, tapi malulah budak kecil pun boleh puasa penuh. Yang dah besar ni, macam tak makan setahunn kalau berpuasa,” kata Shine.

“Apalah susah sangat nak puasa, orang pening tahan nafsu lapar dahaga. Mereka pening cari tempat nak makan sorok,” kata Adib.

Sehingga kini, video tersebut telah meraih lebih 100,000 tontonan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI