fbpx

RM6.6 juta peruntukan laksana Jualan Kasih Johor sempena Aidilfitri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PROGRAM Jualan Kasih Johor sempena perayaan Aidilfitri kembali di 57 lokasi bermula 22 Mac ini.

JOHOR BAHRU – Kerajaan negeri memperuntukkan sebanyak RM6.6 juta bagi pelaksanaan program Jualan Kasih Johor sempena perayaan Aidilfitri di 57 lokasi di seluruh negeri yang tawar harga istimewa untuk makanan keperluan rakyat.

Pengerusi Jawatankuasa Pertanian dan Industri Asas Tani negeri, Datuk Zahari Sarip berkata, program itu sebagai salah satu usaha dan komitmen kerajaan untuk membantu mengurangkan kos sara hidup rakyat, terutamanya menjelang musim perayaan.

Katanya, kerajaan negeri dan Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) Negeri Johor akan menganjurkan program Jualan Kasih Johor sempena perayaan Aidilfitri tahun 2025 bermula 22 hingga 29 Mac 2025 di 57 lokasi terpilih.

“Program Jualan Kasih Johor menawarkan potongan harga yang sangat istimewa, iaitu antara 50 hingga 70 peratus bagi barangan makanan komoditi yang menjadi keperluan asas rakyat.

“Antara komoditi yang menjadi keutamaan sempena Jualan Kasih Johor Aidilfitri adalah ayam, ikan dan hasil laut, telur ayam, serta minyak masak peket dua liter,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Zahari berkata, FAMA juga turut menawarkan potongan harga bagi barangan keperluan makanan lain seperti daging lembu, sayur-sayuran, buah-buahan, barangan runcit dan produk-produk industri asas tani (IAT).

Tambahnya, penganjuran kali ini menyasarkan lebih 200,000 pengunjung secara keseluruhan dan melibatkan lebih 300 usahawan tani.  – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI