fbpx

Piala FA: Villa mampu tampilkan kejutan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
VILLA dilihat memiliki skuad yang mampu untuk bersaing pada semua kejohanan musim ini terutama ketika membawa masuk pemain berimpak besar musim sejuk lalu. - AFP

LONDON – Berdasarkan lapan pasukan yang layak ke saingan suku akhir Piala FA, ramai yang berpendapat bahawa Manchester City mampu untuk memenangi kejuaraan selepas lima pasukan yang digelar ‘Big 6’ lain tersingkir.

Bagaimanapun, pengkritik bola sepak England, Alan Shearer percaya bahawa Aston Villa tidak boleh dipandang mudah dan boleh dianggap sebagai calon pilihan untuk memenangi kejohanan tersebut.

“Villa memiliki jentera serangan yang cukup pelbagai. Unai Emery boleh bertukar-tukar pilihan untuk menurunkan pemain terbaik.

“Saya menganggap Villa adalah pasukan pilihan untuk kejohanan ini. Jika mereka boleh mendapat semula khidmat satu atau dua pemain pertahanan yang cedera, mereka akan menjadi sukar ditewaskan.

“Pertemuan menentang Preston di gelanggang lawan, tetapi mereka tidak boleh merungut kerana itu peluang untuk mereka ke separuh akhir. Mereka melalui musim yang luar biasa dan ia adalah salah satu musim yang akan diingati mereka.

“Mereka bermain baik di Liga Juara-Juara dan semakin hampir ke kelompok empat pasukan terbaik Liga Perdana Inggeris. Mereka memanfaatkan jendela perpindahan Januari dengan membawa masuk pemain yang mampu memberikan impak,” katanya.

Dalam pada itu, seorang lagi pengkritik, Gary Lineker sedikit berbeza apabila merasakan bahawa Bournemouth mampu mencipta kejutan selepas cemerlang di bawah kendalian Andoni Iraola.

“City mungkin jadi pilihan ramai, tetapi saya memilih Bournemouth. Mereka menewaskan City musim ini dan kita akan lihat nanti,” jelasnya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI