fbpx

Penumpang terjun dalam laut sebelum bot karam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SERAMAI 48 orang diselamatkan oleh pasukan bantuan kecemasan di luar pantai ADh. Dhigurah. - Foto Polis Maldives

PORT LOUIS, Mauritius – Seramai 48 orang berjaya diselamatkan selepas bot laju yang mereka naiki karam di luar pantai ADh. Dhigurah, Mauritius lapor portal berita TRT semalam.

Dalam catatan di platform X, polis berkata, bot laju Huvafen itu dalam pelayaran dari Dhigurah ke Bandar Male.

Ia membawa 45 penumpang termasuk empat kanak-kanak dan tiga kru ketika karam.

Polis menerima laporan mengenai kejadian itu pada waktu pagi sebelum pasukan bantuan dihantar untuk menyelamatkan mereka.

Satu rakaman video memaparkan air laut memasuki bot tersebut akibat ombak kuat.

Keadaan itu menyebabkan penumpang memakai jaket keselamatan sebelum mereka terjun ke dalam laut.

Tiada mangsa yang cedera tetapi kejadian itu kini disiasat oleh polis. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI