fbpx

Peluru dibuang dekat tong sampah mungkin untuk aktiviti sukan, memburu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

GEORGE TOWN – Penemuan sejumlah peluru hidup dan kosong jenis kaliber .22 di tempat pembuangan sampah sebuah pangsapuri di Bukti Jambul di sini semalam dipercayai digunakan untuk aktiviti sukan menembak atau memburu binatang di hutan.

Menurut sumber polis, terdapat banyak kemungkinan berdasarkan penemuan bahan-bahan letupan tersebut kerana kebiasaannya senjata atau pistol konvensional menggunakan peluru jenis 9mm atau .38.

“Besar kemungkinan peluru-peluru yang yang ditemui dibuang di tempat pembuangan sampah itu semalam bukan digunakan untuk aktiviti jenayah.

“Terdapat banyak kemungkinan. Jika ia bertujuan untuk aktiviti jenayah sudah pasti tidak akan ditinggakan di lokasi berkenaan,” katanya kepada Kosmo! di sini.

Sementara itu, Pemangku Ketua Polis Daerah Timur Laut, Superintendan Lee Swee Sake berkata, polis masih giat menjalankan siasatan berhubung penemuan peluru tersebut termasuk mendapatkan maklumat daripada saksi di tempat kejadian.

“Kami sedang menyiasat dari semua sudut termasuk motif disebalik penemuan beg tersebut. Setakat ini belum ada sebarang tangkapan terhadap suspek terlibat,” ujarnya kes tersebut disiasat di bawah Seksyen 8(a) Akta Senjata 1960.

Terdahulu, Kosmo! melaporkan penduduk di sebuah pangsapuri di Bukit Jambul gempar dengan penemuan sebuah beg berisi sejumlah peluru hidup dan kosong jenis kaliber, 22, kira-kira pukul 1.40 tengah hari semalam.

Beg berwarna kelabu tersebut ditemui oleh orang awam sebelum melaporkan kepada pihak polis. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI