fbpx

Pelan pembinaan semula Gaza diterima

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Presiden PA, Mahmud Abbas (kiri) bertemu dengan Presiden Mesir, Abdel Fattah al-Sisi (kanan) semasa Sidang Kemuncak Liga Arab di Kaherah semalam. - AFP

KAHERAH – Pemimpin-pemimpin Arab semalam menerima pelan Mesir bernilai AS$53 bilion (RM240 bilion) bagi pembinaan semula Semenanjung Gaza serta menyeru Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) untuk mengerahkan pasukan pengaman ke wilayah itu dan Tebing Barat.

Agensi berita United Press International melaporkan, pemimpin-pemimpin negara Arab turut menolak cubaan Amerika Syarikat untuk memindahkan penduduk Palestin atau menjajah mana-mana bahagian tanah mereka yang diduduki.

Menurut kenyataan akhir sidang kemuncak Liga Arab di Kaherah semalam, para pemimpin memutuskan untuk menerima pakai rancangan Gaza yang dibentangkan Mesir itu sebagai ‘rancangan Arab yang komprehensif’.

Ia turut menggesa masyarakat antarabangsa serta institusi pembiayaan antarabangsa dan serantau memberikan sokongan yang diperlukan dengan cepat.

Pelan yang disokong negara Arab itu termasuk fasa pemulihan selama enam bulan, di mana perumahan sementara akan disediakan untuk 1.5 juta penduduk Gaza di tujuh zon, diikuti dengan dua peringkat pembinaan semula.

Keseluruhan proses itu dijangka berjalan sehingga tahun 2030.

Pihak Berkuasa Palestin (PA) akan menyelia pengurusan pembinaan Gaza semula melalui Jawatankuasa Pentadbiran Gaza untuk enam bulan pertama.

“Langkah ini bertujuan untuk memudahkan PA kembali (mentadbir) Gaza secara menyeluruh,” demikian menurut pelan itu. – AGENSI 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI