fbpx

Pegawai tribunal Kastam ditemui bersama ‘cable tie’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Menurut Rusdi, tiada sebarang unsur jenayah ditemukan di lokasi kejadian dan kes diklasifikasikan sebagai SDR.

KUALA LUMPUR – Polis Kuala Lumpur mengesahkan penemuan mayat seorang Pegawai Tribunal Rayuan Kastam dalam Pejabat Perbendaharaan, Kementerian Kewangan di Putrajaya, pagi tadi.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Rusdi Mohd. Isa berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu daripada orang awam kira-kira pukul 10.56 pagi.

“Bertindak di atas maklumat, sepasukan polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah Putrajaya digerakkan ke tempat kejadian.

“Pemeriksaan awal mendapati lelaki itu dalam keadaan terbaring atas lantai pejabat dengan keadaan leher dan kaki terjerut menggunakan ‘cable tie’,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut beliau, pegawai berusia 45 tahun itu merupakan kakitangan jabatan berkenaan.

“Mangsa ditemui bersama ‘cable tie’. Pergerakan mangsa dirakam televisyen litar tertutup (CCTV) pejabat berkenaan.

“Tiada sebarang unsur jenayah ditemui di tempat kejadian dan kes tersebut diklasifikasi sebagai mati mengejut (SDR),” jelasnya.

Mayat pegawai itu dihantar ke Jabatan Forensik dan Patologi, Hospital Putrajaya untuk dibedah siasat.

“Polis meminta kerjasama orang ramai agar tidak membuat sebarang spekulasi dan sekiranya mempunyai sebarang maklumat hubungi Hotline Polis Kuala Lumpur di talian 03-21159999 atau Hotline Polis Putrajaya menerusi 03-88862222 atau mana-mana balai polis berhampiran,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI