fbpx

Orleans Masters: Dua beregu handalan negara tersingkir awal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
AARON (kiri) dan Wooi Yik.

KUALA LUMPUR – Beregu lelaki negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik menerima kejutan apabila tersingkir seawal pusingan pertama pada Kejohanan Badminton Orleans Masters di Perancis.

Pada perlawanan yang berlangsung di Palais des Sports sebentar tadi, bekas juara dunia itu tewas mengejut 18-21, 8-21 kepada beregu muda dari China, Sun Wen Jun-Zhu Yi Jun.

Turun dengan status sebagai pilihan kedua kejohanan, aksi Aaron-Wooi Yik boleh dikatakan berada di bawah paras sebenar apabila tewas dalam tempoh kurang 30 minit.

Kekalahan tersebut pastinya menjadi tamparan hebat buat pasangan No.5 dunia itu menjelang kejohanan All England yang akan berlangsung di Birmingham pada 11 hingga 16 Mac ini.

Sebagai rekod, ini merupakan kejohanan pertama buat Aaron-Wooi Yik selepas kali terakhir beraksi pada Indonesia Masters Januari lalu yang menyaksikan mereka mara ke separuh akhir.

Turut mengalami nasib sama tersingkir di pusingan pertama adalah satu lagi beregu lelaki negara, Man Wei Chong-Tee Kai Wun yang tewas 16-21, 14-21 kepada Kim Won Ho-Seo Seung Jae. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI