fbpx

Orang Negeri Sembilan sunyi, tamak paling ramai kena tipu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

SEREMBAN – Polis Negeri Sembilan merekodkan peningkatan kes penipuan “scammer” pada tahun ini dengan penipuan pelaburan saham mencatatkan kerugian tertinggi iaitu lebih RM9 juta.

Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Ahmad Dzaffir Mohd. Yussof berkata, sepanjang tempoh Januari hingga Februari 2025, sebanyak 526 kes telah dibuka berbanding tahun sebelumnya dalam tempoh yang sama iaitu sebanyak 331 kes.

Katanya, sehingga kini, jumlah kertas siasatan telah meningkat sebanyak 195 kes dan jumlah kerugian tahun 2025 juga turut meningkat sebanyak RM21.164.530.09 berbanding tahun 2024 sebanyak RM15,498.801.71.

“Mengikut modus operandi, kumpulan sindiket yang menjadi trend adalah terdiri penipuan pelaburan sebanyak 77 kes melibatkan kerugian berjumlah RM9,877,216.01. Penipuan Love Scam sebanyak sembilan kes berjumlah RM1,009,395.19. Lain-lain trend seperti, penipuan tawaran kerja melalui medium platform sosial sebanyak 56 kes melibatkan kerugian berjumlah RM777,787.26.

” Tipu belian barang (online) sebanyak 92 kes melibatkan kerugian hampir RM744,937.44 ; penipuan secara phone scam (termasuk menyamar sebagai penguatkuasa PDRM, SPRM, LHDN, Kastam dan pegawai bank) sebanyak 36 kes yang melibatkan kerugian berjumlah RM442,373.48 dan penipuan pinjaman tidak wujud (PTW) sebanyak 67 kes berjumlah RM345,611.37, “katanya kepada pemberita di sini, hari ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI