fbpx

Nabil Ahmad, Azad Jasmin, Radin Amir antara 6 kakitangan Era FM ke Bukit Aman hari ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Razarudin

PETALING JAYA – Seramai enam kakitangan Era FM dijangka hadir ke Bukit Aman hari ini untuk dirakam keterangan berhubung isu mempersenda upacara agama lain.

Tiga antara mereka adalah penyampai radionya iaitu Nabil Ahmad, Azad Jasmin dan Radin Amir.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata, keenam-enam individu dijangka hadir ke Ibu Pejabat Polis Bukit Aman kira-kira pukul 11 pagi.

“Mereka akan diambil keterangan oleh Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT) Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman.

“Setakat ini, sebanyak 44 laporan polis dibuat di seluruh negara berkaitan isu terbabit,” katanya.

Menurut beliau, kes disiasat di bawah Seksyen 298 Kanun Keseksaan serta Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998..

Semalam Kosmo! melaporkan melaporkan polis menjalankan siasatan terhadap kakitangan Era FM berkaitan video tular yang didakwa mempersenda upacara agama lain di media sosial.

Menurut pengadu, beberapa individu daripada radio terbabit didakwa bersorak perkataan ‘Vel Vel’, manakala seorang lelaki sedang menari.

Penyampai radio bagi segmen 3 Pagi Era iaitu Nabil Ahmad, Azad Jasmin dan Radin Amir memohon maaf atas video kontroversi mempersenda tarian kavadi Hindu.

Pihak pengurusan stesen radio itu turut menggantung tugas tiga pengacara radio berkenaan sehingga siasatan selesai.

Sehubungan itu, Kementerian Komunikasi telah mengarahkan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC) menjalankan siasatan terperinci bagi kes berkenaan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI