fbpx

Mayat lelaki jatuh Sungai Pahang akhirnya ditemukan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ANGGOTA bomba mengangkat mayat mangsa yang ditemukan kira-kira satu kilometer daripada lokasi mangsa dilaporkan terjatuh di Sungai Kuantan di Kuantan.

KUANTAN – Mayat pemuda yang terjatuh dari Jambatan Putra, Sungai Kuantan di sini kelmarin akhirnya ditemukan hari ini kira-kira satu kilometer dari lokasi mangsa hilang.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Pahang, Mohd. Razam Taja Ibrahim berkata, mangsa dijumpai pukul 8.15 pagi oleh Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) yang melakukan operasi di lokasi berkenaan.

“Mayat mangsa dibawa ke Pusat Kawalan Bomba dan diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut,” katanya hari ini.

Kosmo! semalam melaporkan seorang pemuda dikhuatiri lemas selepas terjatuh ke dalam Sungai Kuantan dari atas Jambatan Putra selepas menghubungi bekas kekasihnya.

Polis menerima maklumat mengenai sebuah motosikal ditinggalkan di atas jambatan berkenaan dalam keadaan enjin hidup.

Berdasarkan siasatan, saksi menjumpai sebuah telefon bimbit di atas motosikal yang sedang membuat panggilan video dengan seorang wanita. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI