fbpx

Majlis berbuka puasa di Istana Windsor

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SEORANG lelaki melaungkan azan ketika umat Islam berbuka puasa di Dewan St George, Istana Windsor. - Foto Instagram/@openiftar

LONDON – Sebuah majlis berbuka puasa diadakan di dalam dewan di Istana Windsor, Berkshire kira-kira 40 kilometer dari London, lapor portal berita GB News semalam.

Pemerintah England, Raja Charles III menyokong majlis itu, kata sumber, manakala lebih 360 tetamu beragama Islam berkumpul di Dewan St George untuk berbuka puasa.

Majlis itu menandakan detik bersejarah bagi istana diraja apabila umat Islam berbuka puasa di dewan yang biasanya dikhaskan untuk jamuan khas.

Ia adalah majlis berbuka puasa pertama diadakan di dalam dewan tersebut.

Majlis itu dianjurkan oleh Projek Khemah Ramadan (RTP). Ia merupakan sebuah badan kebajikan di United Kingdom (UK) dengan sokongan daripada pertubuhan amal yang menjaga koleksi diraja, Royal Collection Trust. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI