fbpx

Lelaki cedera diserang 20 individu depan dewan badminton

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KENDERAAN pacuan empat roda dipandu seorang lelaki rosak akibat insiden rusuhan melibatkan kira-kira 20 orang di Jalan Austin Heights 7, Johor Bahru awal pagi semalam.

JOHOR BAHRU – Seorang lelaki mengalami kecederaan selepas diserang sekumpulan lelaki dalam kejadian pergaduhan di hadapan sebuah dewan badminton di Jalan Austin Heights 7, di sini awal pagi semalam.

Dalam insiden pada pukul 1.30 pagi itu, mangsa yang berusia 20 tahun mengalami kecederaan pada bahagian siku dan tapak tangan akibat terkena serpihan kaca.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Raub Selamat berkata, siasatan awal mendapati, ketika kejadian, mangsa berada dalam sebuah pacuan empat roda didatangi sekumpulan individu.

“Kumpulan individu terbabit bertindak menyerang dan merosakkan kenderaan menggunakan senjata seperti cota besi dan kayu besbol.

“Siasatan lanjut mendapati kejadian berpunca akibat pergaduhan antara dua kumpulan lelaki pelbagai kaum sehingga merosakkan harta benda dan kenderaan kepada mangsa,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Raub berkata, susulan itu, polis sedang giat mengesan 20 lelaki yang disyaki terlibat dalam insiden rusuhan itu untuk tindakan lanjut mengikut Seksyen 427 dan Seksyen 148 Kanun Keseksaan.

“Orang awam yang mempunyai maklumat berhubung kejadian berkenaan boleh hubungi talian 07-2182323 untuk memberikan kerjasama,” jelasnya. – KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI