fbpx

‘Kemelut saya dan ibu selesai sehari sebelum Ramadan’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
NELISSA bersyukur hubungan dengan ibunya kembali pulih sehari sebelum Ramadan. Foto FIRDAUS JOHARI

KUALA LUMPUR – Pelakon dan penyanyi, Nelissa Nizam bersyukur apabila kemelut yang berlaku antara dirinya dan ibu, Ayu Manaf pada Disember tahun lalu sudah bertitik noktah.

Enggan berkongsi peribah peribadi dalam media sosial, Nelissa atau nama sebenarnya, Nelissa Edreena Nizam, 27, berharap tiada lagi pihak yang cuba untuk memanjangkan lagi isu tersebut.

“Sehari sebelum Ramadan, saya dan mama sudah bertemu kediamannya. Memang niat nak selesaikan konflik yang timbul bersama keluarga secara privasi sahaja.

“Alhamdulillah, semuanya berjalan dengan baik dan rasa lega apabila kemelut ini sudah selesai.

“Harapnya perkara sebegini tidak diungkit lagi selepas ini,” katanya ditemui pada acara Fiziwoo’s Raya Collection – Iftar Soiree di sini, semalam.

Dia mengakui perkara tersebut memberi pengajaran terbesar dalam hidupnya terutama apabila melibatkan keluarga.

“Satu benda yang saya belajar ialah tidak semua benda terjadi boleh dikawal.

“Namun, sahaja yang datang, saya anggap ia satu ujian.

“Kalau isu ini membabitkan kawan, mungkin saya malas nak ambil peduli, tapi ini membabitkan ibu. Sekarang semuanya sudah selesai, hubungan saya dan keluarga semakin baik,” katanya lagi.

Ditanya sama ada namanya semakin dikenali disebabkan kemelut tersebut, Nelissa menegaskan tidak pernah walau sekali menggunakan kontroversi untuk orang ramai kenali.

“Perancangan saya dan pihak pengurusan adalah mahu nama dikenali kerana bakat. Saya sendiri juga tiada niat untuk sengaja mencipta sebagai satu publisiti.

“Syukur kemelut ini tidak memberi kesan besar terhadap kerjaya seni.

“Semoga semua yang berlaku tidak memberi kesan negatif terhadap kerjaya seni saya,” ujar bekas anggota kunpulan The Gadys itu.

Terdahulu, Nelissa pernah mendakwa dirinya membesar dalam sebuah keluarga yang berantakan selain menjadi mangsa keganasan rumah tangga.

Namun, perkara tersebut selain memberi melahirkan rasa terkilan apabila anak-anaknya didakwa tidak menjenguk dan bertanya khabar yang mungkin berpunca disebabkan perkahwinan baharunya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI