KOTA KINABALU – Seorang wanita menemui ajal dalam keadaan tragis apabila dihempap tanah runtuh selepas bersahur dalam kejadian di Kampung Lok Bonu, Sepanggar hari ini.
Dalam kejadian sekitar pukul 4 pagi itu, Sitti Harija Norulla, 53, dilaporkan tertimbus tanah runtuh yang meranapkan sepenuhnya rumahnya.
Salah seorang anak mangsa dikenali sebagai Al, 39, berkata, dia sedang bekerja di sebuah kilang tidak jauh dari rumahnya ketika kejadian berlaku.
Bagaimanapun, Al menyatakan ibu dan adiknya iaitu Zulkiman, 25, dikatakan baru selesai bersahur bersama sebelum terdengar bunyi kuat.
“Menurut adik, dia cuba keluar untuk memeriksa keadaan, namun berlaku gegaran secara tiba-tiba. Adik beritahu dia cuba menarik tangan ibu untuk keluar namun gegaran terlalu kuat sehingga tercampak.
“Rumah kami pun sudah bergerak beberapa meter dari lokasi asal. – KOSMO! ONLINE