fbpx

‘Henti spekulasi, Sky Taizo perlu tenang ke sekolah’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ridz Okumura menerusi siaran langsung di akaun TikTok menceritakan kejadian isterinya, Akiko meninggal dunia Jumaat lalu.

PETALING JAYA – Usahawan dan pempengaruh, Ridz Okumura memohon orang ramai untuk berhenti membuat spekulasi tentang pemergian isterinya, Allahyarham Akiko Okumura.

Menerusi siaran langsung di akaun TikTok, Ridz Okumura atau nama sebenar Abd Ridzuan Abdul Mutalib sudah memberi keterangannya mengenai perkara sebenar yang berlaku pada hari kejadian Akiko terjatuh dari tingkat empat di kondominium mereka.

“Saya tak nak anak saya, Sky Taizo Okumura pergi ke sekolah dengan rasa tidak tenang kerana rakan-rakan sekolah akan bercakap tentang isu ini.

“Saya mohon kerjasama semua netizen untuk berhenti membuat spekulasi tentang kematian Akiko. Dia isteri yang baik dan cara dia pergi tinggalkan saya dan Sky (anak) diluar jangkaan, namun kami reda,” kata Ridzuan melalui ‘live’ sebentar tadi.

Dia juga menyeru orang ramai di sosial media untuk tidak memberi komen negatif dan membuat andaian lain tentang pemergian Akiko bagi mengelakkan sebarang berita palsu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN