fbpx

Dewan Rakyat: Petra galak pembangunan loji janakuasa solar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Akmal Nasrullah ketika di Dewan Rakyat hari ini - Gambar JAPEN

KUALA LUMPUR – Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (Petra) telah melaksanakan dasar baharu bagi menggalakkan pembangunan loji janakuasa solar terapung dalam negara.

Timbalan Menterinya, Akmal Nasrullah Mohd Nasir berkata, antara inisiatif yang diperkenalkan termasuk mewujudkan kategori khas bagi solar terapung di bawah Program Solar Berskala Besar (LSS) serta membuka pemasangan solar di badan permukaan air di bawah Program Solar untuk Kegunaan Sendiri (SELCo).

“Langkah tersebut selaras dengan hala tuju dan kawal selia bekalan elektrik hijau yang dilaksanakan kementeriannya.

“Sebagai contoh, bagi LSS kelima, daripada 2,000 megawatt (MW) yang dibuka secara keseluruhan, 500 MW diperuntukkan untuk solar terapung. Bagi LSS5+, jumlah itu turut digandakan kepada 500 MW bagi projek solar terapung,” katanya di Dewan Rakyat.

Beliau berkata begitu bagi menjawab pertanyaan Lee Chuan How (PH-Ipoh Timur) yang ingin tahu mengenai dasar kementerian dalam memperkembang projek-projek ladang solar melalui penggunaan tasik-tasik semula jadi dan lombong-lombong sedia ada.

Kata beliau, pembangunan loji janakuasa solar yang memanfaatkan kawasan brownfield itu dapat mengelakkan penebusgunaan tanah, selain membolehkan tanah sedia ada dimanfaatkan untuk aktiviti ekonomi lain yang lebih produktif seperti pertanian, agro makanan dan industri. -KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI