PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) menjangkakan ribut petir dan hujan lebat di beberapa bahagian Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak petang ini.
Menerusi laporan MetMalaysia di YouTube, cuaca buruk melanda termasuk negeri-negeri bahagian Semenanjung iaitu pantai barat dan Pantai Timur.
“MetMalaysia menjangkakan keadaan hujan berserta ribut petir boleh berlaku tertumpu di negeri-negeri di pantai barat di Semenanjung Malaysia dan juga negeri-negeri di Pantai Timur,” kata MetMalaysia.
Menurut MetMalaysia, amaran yang sama dikeluarkan di Sabah termasuk kawasan pedalaman dan pantai barat.
Cuaca sama juga bakal berlaku di Sarawak yang melibatkan bahagian utara dan tengah. – KOSMO! ONLINE