fbpx

Berbuka puasa dengan Sajian Darul Ehsan di Mercure KL Glenmarie

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sebahagian daripada menu tradisional yang popular di tawarkan untuk berbuka puasa di Mercure KL Glenmarie.

SHAH ALAM – Ramai orang suka berkunjung ke bazar Ramadan untuk mencari pelbagai menu makanan tradisional dan kuih-kuih klasik dan juga lauk pauk yang membawa imbauan ke kampung halaman, namun ada yang dapat memenuhi selera pelanggan tetapi ada juga yang kecewa dengan hidangan termasuk harga jualan yang melambung tinggi.

Berbeza pula jika anda menempah tempat untuk berbuka puasa di Mercure Kuala Lumpur (KL) Glenmarie kerana air tangan cef Zaharullail Ashari dan dibantu kakitangan di restoran Warna All Day Dining bakal menambat selera pengunjung untuk menikmati juadah berbuka puasa yang berkonsepkan Sajian Darul Ehsan.

Tidak perlu bersesak-sesak, menempuh panas terik dan kesesakan di jalan raya di bazar Ramadan tetapi di Mercure Kuala Lumpur di bawah pimpinan Pengurus Besarnya, Fariz Victor segalanya juadah tradisional negeri Selangor termasuk gabungan makanan moden, pembuka selera serta pemanis mulut terhidang di depan mata.

Menurut Zaharullail, konsep Sajian Darul Ehsan dipilih lagi untuk bufet Ramadan tahun ini bagi memberi penghormatan kepada warisan masakan Malaysia yang menawarkan pelbagai pilihan makanan tradisional dan warisan luar biasa.

“Menu sambal Taun, Nasi Ambeng dari Sabak Bernam, Siakap Purbakala dan Stim Siakap serta kari kepala ikan dan juga gulai kawah dari Sepang antara menu kegemaran pengunjung di hotel kami.

“Turut disajikan juga adalah kambing bakar, ayam golek, sate, lemang dan ketupat dari Gombak serta Soto Jawa dan juga sup berempah serta Punten Jawa bakal menjadi penarik kepada peminat masakan dari negeri Selangor,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada majlis review bufet Ramadan di hotel berkenaan di sini baru-baru ini.

Harga bufet dijual pada RM148+ untuk dewasa, RM98+ untuk warga emas dan juga RM68+ untuk kanak-kanak. -KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI